NADI X ENTERPRENEUR_Preneur_Video Pasca Latihan - Operasi Perniagaan
26 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 26 Februari 2026, telah berlangsung NADI X ENTERPRENEUR_Preneur_Video Pasca Latihan - Operasi Perniagaan. Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 02:00 petang sehingga pukul 03:00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang program ini berlangsung, peserta memahami operasi : Faham, Buat Dan Pantau. Selain itu, peserta memahami kenapa tindakan itu penting iaitu 70% masalah dalam bisnes adalah berpunca daripada profit issues, weak operation system, customers complaints dan systems. Seterusnya, peserta memahami langkah-langkah untuk fasa buat iaitu lukis aliran kerja sebenar, kenal pasti bottleneck, tetapkan peranan jelas, kawal kos dan stok. Akhir sekali, peserta memahami langkah-langkah untuk fasa pantau iaitu mula guna indikator, jalankan kitaran pembaikan, dan kitaran PDCA iaitu Rancang, Buat, Semak dan Baiki.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Operasi Perniagaan. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara staf NADI dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: